Berita

Mangsa kebakaran terima sumbangan kewangan dari Rebin

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah memberi sumbangan kewangan kepada Puan Kalthom di Felda Palong 3.

Rebin berkata, rumah Puan Kalthom telah hangus akibat kebakaran yang berlaku pada jam 4:00 pagi tempoh hari.

“Oleh itu, sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban beliau.

“Saya juga telah hadir bersama, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Encik Hairi dan Jurutera Pejabat Daerah, Encik Kamil bagi menilai kerosakkan yang berlaku.

“Saya mewakili Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan membantu bagi membina semula kediaman baharu untuk Puan Kalthom,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button