Aktiviti

Pesakit kanser di Felda Palong 6 dapat perhatian Rebin

PALONG: Seorang pesakit kanser darah mendapat perhatian Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

“Pagi kelmarin saya berkesempatan menziarahi Mohd Isa Shariff di Felda Palong 6 yang terlantar akibat penyakit kanser darah.

“Beliau kini tidak mampu lagi untuk bekerja dan telah hilang punca pendapatan.

“Justeru, untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarganya. saya menyerahkan sumbangan barangan makanan asas dan wang tunai.

“Saya mendoakan agar Allah SWT memberikan kesembuhan buat beliau. Semoga Mohd Isa dan keluarganya tabah dalam menghadapi dugaan yang berat ini,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button