Berita

Pesakit kanser payu dara dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi telah menziarahi Puan Niza, 36, yang menghidapi penyakit kanser payu dara tahap dua di Taman Regent, Sri Gemencheh.

“Saya menyerahkan sumbangan kewangan dan baucer bernilai RM100 untuk membeli barangan keperluan dapur kepada Puan Niza.

“Sumbangan wang ringgit ini bagi membantu kos perjalanan beliau ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan,” ujar Abdul Latif.

Turut bersama, Pengerusi MPKK Sri Gemencheh, Encik Zulkiflee.

Show More

Related Articles

Back to top button