Aktiviti

Pesakit kanser Puspharani terima katil boleh laras dari Rusli

LINGGI: Seorang pesakit kanser paru-paru tahap 4, Puan Pushparani Suppiah, 68, menerima sumbangan katil boleh laras dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Kelegaan jelas terpancar di wajah keluarga Puan Pushparani dari Bandar Sunggala.

“Sumbangan katil boleh laras ini hasil kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Linggi dan MyKasihCare (NGO).

“Semoga sumbangan ini membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pesakit kronik ini,” ujar Rusli.

Rusli turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi MyKasihCare, Encik Syed Shukri di atas kerjasama yang baik dan komitmen untuk meringankan beban pesakit dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Show More

Related Articles

Back to top button