Berita

Pesakit kanser usus terima katil mudah alih dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman, menyumbang sebuah katil mudah alih kepada seorang pesakit kanser usus di Felda Lui Timur hari ini.

Menurut Saiful Bahri, Saudara Hamid Atan menghidapi kanser usus tahap 4 dan memerlukan katil mudah alih untuk keluarganya menguruskan rutin harian beliau.

“Saya menyerahkan sumbangan katil mudah alih, lampin pakai buang dan susu khas kepada beliau.

“Selepas itu, saya menziarahi Saudara Arifin Mat Zain yang cedera di dada dan kaki beliau akibat terkena mata mesin gerudi ketika bekerja di rumah.

“Saya menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan dapur untuk meringankan beban beliau,” ujarya.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Lui Timur, Encik Jamaluddin dan ahli jawatankuasanya.

Show More

Related Articles

Back to top button