Aktiviti

Pesakit kencing manis kehilangan kaki terima kerusi roda

SRI TANJUNG: ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada pesakit kencing manis, Puan Saripah Kamaruddin dari Kampung Sri Parit, Lukut.

“Puan Saripah telah kehilangan kaki kanannya disebabkan komplikasi penyakit kencing manis.

“Ini menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dan memerlukan bantuan ahli keluarga untuk bergerak.

‚ÄúSemoga sumbangan kerusi roda ini dapat membantu pergerakan harian beliau,” kata Ravi.

Puan Saripah mengucapkan terima kasih kepada Ravi di atas keprihatinan dan sumbangan beliau.

Turut hadir Penghulu Mukim Port Dickson, Encik Jamsari Mohamad; Pengerusi MPKK Kampung Arab, Encik Rahmat; Pengerusi MPKK Kampung Gelam, Encik Baharuddin dan Pengerusi MPKK Kampung Paya, Encik Hassan.

Show More

Related Articles

Back to top button