Berita

Pesakit kencing manis terima bantuan kerusi roda dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada Encik Krishnan Sinnappan di Kampung Melur.

“Kaki kanan Encik Krishnan telah dipotong akibat komplikasi penyakit kencing manis beberapa tahun yang lepas.
“Memandangkan kerusi roda beliau yang lama telah rosak maka saya telah menyumbang sebuah kerusi roda yang baru.

“Saya berharap dengan pemberian kerusi roda yang baru ini, ia akan memudahkan pergerakan harian Encik Krishnan,” ujar Saiful Bahri.

Krishnan merakamkan penghargaan kepada Saiful Bahri di atas keprihatinan menyumbang kerusi roda kepada beliau.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Dusat, Encik Tahir; Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Dusat, En. Chandrasagaran Govindan; Ketua AMANAH Cawangan Ladang Air Hitam, Encik Ramu Naidu dan Ketua AMANAH Cawangan Kampung Melur, Encik Perumal Singh.

Show More

Related Articles

Back to top button