Berita

Pesakit kronik dan mangsa bencana alam dapat perhatian Shahran

SERI MENANTI: Program kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti bukan sahaja menyantuni masyarakat kurang berkemampuan, malah pesakit kronik dan mangsa bencana alam turut mendapat perhatian sewajarnya.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, sepanjang bulan Jun ini, beliau telah menyantuni empat pesakit kronik yang memerlukan bantuan kerusi roda dan lampin pakai buang.

“Saya telah menyerahkan tiga buah kerusi roda dan lampin pakai buang kepada tiga pesakit yang memerlukannya di Kampung Bukit Perah, Kampung Talang Tengah dan Kampung Tebing Tinggi. Manakala seorang lagi pesakit kronik dari Kampung Merual menerima lampin pakai buang.

“Saya turut menyerahkan bantuan kewangan kepada empat keluarga mangsa banjir di Kampung Gemetir dan Kampung Kuala Talang,” ujarnya.

Shahran berkata, selain itu sebanyak 12 buah rumah yang bumbungnya rosak, telah dibaik pulih sejak sebulan yang lalu.

“12 buah rumah ini dari lapan buah kampung di DUN Seri Menanti. Kes kerosakan bumbung rumah ini disebabkan samada kerana keadaan bumbung yang terlalu uzur atau diterbangkan akibat angin kencang.

“Kita sentiasa prihatin dan peka dengan permasalahan penduduk Seri Menanti dan saya cuba menghulurkan bantuan seberapa segera,” jelas Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button