Aktiviti

Pesakit kronik dan warga emas uzur disantuni Shahran

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menyumbang susu dan lampin pakai buang kepada pesakit kronik dan warga emas yang uzur di DUN Seri Menanti.

Shahran telah menziarahi Saudara Sham di Taman Pemarak, di mana anak beliau menghidapi penyakit sakit jantung dan simptom kromosom.

“Saya telah menyerahkan sumbangan lampin pakai buang dan susu serta barangan keperluan dapur.

“Saya harap sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan Saudara Sham yang setiap minggu akan membawa anaknya mendapatkan rawatan doktor pakar.

Tuan Shahran turut menziarahi seorang warga emas yang uzur di Kampung Pulau dan menyerahkankan lampin pakai buang serta barangan dapur.

 

Show More

Related Articles

Back to top button