Aktiviti

Pesakit kronik dapat perhatian Nasarudin

CHEMBONG: Program Ziarah Kasih DUN Chembong merupakan program berkala Pejabat Penyelaras DUN Chembong bagi menyantuni golongan yang memerlukan.

Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim mengetuai program ini dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Aminah Rejab, 84, di Kampung Senama Tengah. Puan Aminah sakit terlantar sejak lapan tahun yang lalu akibat Minor Stroke.

“Kami seterusnya menyantuni Encik Mohamad Khairudin ,24, di Taman Sedia Raja.

“Mohamad Khairudin menghidapi penyakit tulang belakang sehingga menyebabkan beliau semakin membongkok dan pergerakan terbatas.

“Saya menyampaikan sumbangan kewangan dan lampin pakai buang kepada Mohamad Khairudin,” kata Nasarudin.

Nasarudin turut menziarahi Encik Bakar Suhud ,73, di Kampung Sungai Batu Pedas.

“Encik Bakar menghidapi penyakit kencing manis sehingga menyebabkan sebelah kaki beliau terpaksa dipotong.

“Beliau juga seorang pesakit Parkison.

“Saya menyerahkan sumbangan kewangan, kerusi roda dan lampin pakai buang,” ujar Nasarudin.

Show More

Related Articles

Back to top button