Berita

Pesakit Ortopedik terima bantuan ‘Implan’ dari MB

Salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk golongan kurang berkemampuan

SEREMBAN: Seorang pesakit Ortopedik Encik Rozaidi Ithnin yang memerlukan pembedahan untuk memasang Implan di lengan kiri beliau, mendapat perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin menyampaikan sumbangan kewangan kepada Rozaidi untuk membiayai pembelian Implan dan kos pembedahan tersebut.

“Ini adalah salah satu inisiatif di dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada tahun lepas.

“Di bawah inisiatif ini, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menyediakan dana berjumlah RM500,000 bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan yang perlu membeli Implan dan menjalani pembedahan Ortopedik serta disahkan layak oleh doktor perubatan,” katanya.

Rozaidi terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini dan memerlukan implan dipasang di lengan kiri beliau.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button