Aktiviti

Pesakit saraf dapat bantuan kerusi roda dari Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli telah menyumbang sebuah kerusi roda dan lampin dewasa pakai buang kepada seorang pesakit saraf, Encik Abdul Halim Abd Rahman, 47 tahun.

“Encik Abd Halim menghidapi penyakit saraf sejak setahun yang lalu dan menyebabkan beliau sukar untuk bergerak.

“Kini beliau tinggal bersama dengan adiknya Puan Samsiah Abd Rahman, 43 di Kampung Serting Hilir.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat membantu pergerakan harian beliau dan juga memudahkan urusan membawa beliau ke hospital untuk rawatan susulan,” kata Abdul Rahman.

Halim mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Turut bersama Pengerusi MPKK Kampung Serting Hilir, Encik Othman Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button