Berita

Kerajaan Negeri bantu ketengahkan pelajar tahfiz

SEREMBAN: Kerajaan Negeri membantu ketengahkan pelajar tahfiz untuk bergerak ke hadapan.

Salah seorang pelajar tahfiz yang turut serta dalam program Fast-Track SPM Cik Nur Izzati Mohd Hamdan berkata, inisiatif yang diberi oleh Kerajaan Negeri Sembilan ini amat membantu pelajar tahfiz yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

“Kebanyakkan masyarakat mengatakan bahawa pelajar tahfiz tidak mempunyai masa depan yang baik.

“Tetapi Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa pelajar tahfiz juga boleh berjaya seperti orang lain.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang membantu pelajar tahfiz dengan menjalankan inisiatif Fast-Track SPM ini,” kata Izzati.

Show More

Related Articles

Back to top button