Berita

Pesakit saraf terima sumbangan kerusi roda dari Ravi

SRI TANJUNG: ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit saraf, Encik Pang Keng Fong, 67 tahun.

Ravi berkata, Pang menghidapi penyakit saraf sejak 10 tahun lalu yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dan memerlukan bantuan ahli keluarga untuk bergerak di dalam dan di luar rumah.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat membantu pergerakan harian beliau,” katanya.

Pang mengucapkan terima kasih kepada Ravi atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Show More

Related Articles

Back to top button