BeritaMenarik

Al-Quran sumber utama tangani masalah umat hari ini

SEREMBAN: Al-Quran perlu menjadi sumber rujukan utama kepada umat yang semakin dihujani pelbagai masalah pada hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, hal ini kerana masalah yang dihadapi pada hari ini adalah bukan sekadar penyakit fizikal tubuh badan.

“Tetapi penyakit untuk manusia hari ini datang daripada dalaman dan memerlukan penawar kepada hati-hati mereka.

“Oleh itu, Al-Quran perlu dijadikan panduan untuk kita renungi dan tadabbur kerana ayat-ayat di dalamnya boleh dijadikan sebagai penawar.

“Ia juga boleh dijadikan petunjuk dan peringatan dalam diri kita untuk meneruskan kehidupan kita di dunia ini,” kata Aminuddin.

“Di peringkat Kerajaan pula, Al-Quran turut dijadikan panduan seperti menjaga perpaduan dan keamanan yang bertepatan dengan surah Ali-Imran Ayat 103.

“Hal ini kerana kita hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya oleh itu agenda perpaduan semestinya sesuatu yang perlu didokong oleh semua orang,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button