Aktiviti

Pesakit strok dapat perhatian Nasarudin

CHEMBONG: Seorang pesakit strok, Encik Azman Abdul Samad, 51, dari Kampung Seberang Batu Hampar, diziarahi Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim.

Nasarudin berkata, Azman pesakit strok sebelah badan sebelum ini berniaga secara kecil-kecilan di pasar tani.

“Kini isterinya juga tidak dapat berniaga kerana terpaksa menjaga suami beliau.

“Saya serahkan bantuan awal berupa lampin pakai buang dan sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Azman.

“Saya juga meminta Pengerusi MPKK Kampung Seberang Batu Hampar, Encik Mohd Fazriq untuk membantu keluarga Azman bagi mendapatkan bantuan perubatan dari Baitumal dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button