Berita

Pesakit strok disantuni Gunasekaren dan Nicole

SEREMBAN JAYA: Adun Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon telah menyantuni seorang pesakit strok, Puan Nor Azian di Taman Seremban Jaya.

Nor Azian isteri kepada Encik Mohd Rizal, juga buta 90 peratus kedua belah mata dan perlu dijaga rapi.

Gunasekaren berkata, tujuan lawatan beliau bersama Nicole adalah untuk melihat sebarang keperluan pasangan suami isteri ini.

“Encik Mohd Rizal terpaksa berhenti kerja bagi menjaga isterinya sepenuh masa.

“Saya telah menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur dan lampin pakai buang,” ujar Gunasekaren.

Nicole pula berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membekalkan sebuah katil mudah alih untuk Nor Azian dan bantuan bulanan RM500 kepada Mohd Rizal yang menjaga pesakit terlantar (isteri).

“Kami juga dimaklumkan PERKESO telah meluluskan bantuan ilat kepada Puan Nor Azian sebanyak RM800 dan RM500 kepada Encik Mohd Rizal kerana menjaga pesakit terlantar serta bantuan lampin pakai buang dua bulan sekali.

“Pihak JKM juga telah menyerahkan sumbangan kewangan dan bakul makanan kepada keluarga ini,” ulas Nicole.

Gunasekaren dan Nicole berharap segala bantuan yang diterima ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

Turut hadir, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, Encik Mustafal Bakri dan Puan Rosnah; Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pengerusi Kospen Fasa 10, Encik Yusriy dan Ahli Jawatankuasa, Mohd Rizal.

Show More

Related Articles

Back to top button