Berita

Permohonan ‘tablet’ percuma akan dibuka 15 Februari ini

Kerajaan PH Negeri Sembilan tawar 3,750 'tablet' percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

Permohonan Peranti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Untuk Pelajar-Pelajar Negeri Sembilan 1. Permohonan untuk Peranti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk pelajar-pelajar Negeri Sembilan akan mula dibuka pada 15 Februari 2021. 2. Keseluruhan peruntukan yang ditawarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk permulaan bantuan ini adalah sebanyak 3,750 unit peranti. 3. Setiap Pusat Khidmat Rakyat di seluruh 36 kawasan di Negeri Sembilan akan diperuntukkan sebanyak 100 unit peranti. 4. Pelajar-pelajar boleh memohon menerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN masing-masing sahaja sebagaimana alamat dilampirkan di bawah. 5. ADUN/Penyelaras DUN akan memproses dan membuat penilaian sebelum membuat pemilihan untuk pelajar-pelajar yang berjaya. 6. Keutamaan pemilihan akan diberi kepada pelajar-pelajar daripada golongan keluarga berpendapatan rendah. 7. Proses perolehan untuk peranti ini sedang dilakukan dan kita menjangka akan menerima kesemua peranti ini dalam tempoh masa sekitar 6 minggu dari tarikh hari ini. 8. Kita memahami jumlah pelajar yang memerlukan peranti ini amat besar. Kita telah menyuarakan cadangan agar Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan membantu permasalahan kritikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ketika ini. 9. Anggaran jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini adalah sekitar 5 juta orang pelajar manakala anggaran pelajar di peringkat IPT adalah sekitar 1.5 juta orang pelajar dengan keseluruhan jumlah pelajar di negara ini adalah seramai 6.5 juta orang.

Jika kita menganggarkan keperluan 70% pelajar yang perlu dibantu dengan anggaran kos sebanyak RM1,200 untuk setiap komputer riba, Kerajaan Persekutuan hanya perlu memperuntukkan untuk sekitar RM5.4 bilion untuk membantu seramai 4.5 juta pelajar. Untuk alternatif kepada komputer riba iaitu dengan penggunaan ‘tablet’, kos membekalkan peranti ‘tablet’ untuk 4.5 juta pelajar dianggarkan hanya bernilai RM2.34 bilion. 10. Adalah menjadi kewajaran untuk Kerajaan Persekutuan mengusahakan bantuan ini disalurkan dan mempertingkatkan keupayaan pencapaian internet di negara ini dengan kadar yang segera kerana selain sektor ekonomi, sektor pendidikan sama terjejas teruk dengan permasalahan wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. 11. Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan ini untuk membantu pelajar-pelajar dalam kaedah pembelajaran PdPR adalah di atas keinsafan bahawa ramai pelajar tidak mempunyai kemudahan peranti untuk mereka belajar secara sempurna dalam suasana pandemik Covid-19 ketika ini dan masih tiada kelihatan usaha-usaha menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan permasalahan ini secara yang terbaik. 12. Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berusaha untuk membantu generasi pelajar kerana pendidikan adalah pelaburan kritikal untuk masa hadapan negara. YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie Ab Malek
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan,
ADUN Ampangan.

Show More

Related Articles

Back to top button