Berita

Pesakit strok terima katil mudah alih dan kerusi roda dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan katil mudah alih kepada seorang pesakit strok di Pengkalan Kempas.

“Puan Lew Pak Yuen, 83, merupakan seorang warga emas dan beliau kini sakit terlantar di katil.

“Beliau memerlukan katil mudah alih untuk memudahkan ahli keluarganya menguruskan rutin beliau.

“Saya juga menziarahi seorang lagi pesakit strok di Kampung Sungai Raya dan menyumbang sebuah kerusi roda kepada Puan Juriah.

“Semoga kedua-dua pesakit strok ini dipermudahkan segala urusan dan saya berharap bantuan ini akan dapat membantu pergerakan mereka,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button