Berita

Pesakit strok terima katil mudah alih dari Zailan

JOHOL: Penyelaras DUN Johol, Tuan Zailan Munawar menyumbang sebuah katil mudah alih kepada seorang pesakit strok di Kampung Orang Asli Tering, Kuala Johol di sini.

Puan Esah Omar, 68, sakit terlantar sejak 10 tahun lepas dan memerlukan katil mudah alih bagi memudahkan anaknya Tipah Tiga menguruskan rutin harian ibunya.

“Saya menyumbang katil mudah alih ini kerana beliau sukar diuruskan dengan katil biasa.

“Mudah-mudahan dengan adanya katil ini, Puan Esah berasa selesa dan anak beliau Puan Tipah pula mudah untuk menguruskan ibunya,” kata Zailan.

Ini merupakan lawatan kedua Zailan ke atas keluarga ini dalam tempoh seminggu.

“Minggu lepas, saya datang ziarah dan menyerahkan pek barangan keperluan dapur, lampin pakai buang serta susu khas kepada Puan Esah,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button