Berita

Aminuddin ucap tahniah kepada warga pendidik

TAMPIN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik di Negeri Sembilan kerana peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

“Keseluruhan GPS terbaru meletakkan Negeri Sembilan di kedudukan terbaik berada di tempat kedua selepas Putrajaya.

“Walau bagaimanapun, kita tetap mengharapkan agar bilangan pelajar lulus dapat ditingkatkan.

“Sekaligus menjadi cabaran kepada kita dalam memastikan supaya para pelajar SPM selepas ini mencapai 100 peratus lulus dan dapat mengambil sijil tersebut.

“Oleh kerana itu, kita harus memberikan semangat dan rangsangan kepada pelajar supaya mereka dapat memberikan yang terbaik,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button