Berita

Pesakit strok terima sumbangan kerusi roda dari Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit strok, Encik Abdul Ghapa Zainudin, 72, di Kampung Dato Johan di sini.

Anaknya, Puan Nor Azlin Abdul Ghapa, 38, berkata bapanya mengalami serangan stroke yang menyebabkan lumpuh separuh badan selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya dua minggu lepas.

“Sumbangan kerusi roda ini diserahkan kepada Puan Nor Azlin di pejabat saya pagi kelmarin.

“Saya harap sumbangan kerusi roda ini dapat membantu pergerakan harian beliau dan memudahkan urusan penjagaan oleh ahli keluarganya,” ujar Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button