Berita

Pesakit strok terima sumbangan kewangan dari Nicole

BUKIT KEPAYANG: ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah menyantuni keluarga Encik Foo Fook Yee di Bukit Tembok. Isteri beliau telah mengalami stroke dan kini terlantar di katil sejak hampir setahun.

“Puan Theresa Sze Tho Mun Kei memerlukan bantuan kewangan, lampin pakai buang dan susu khas berjenama Ensure.Suami beliau merupakan bekas pengendali makanan di Sekolah Kebangsaan ACS Seremban dan kini telah bersara.

“Jumlah kos yang diperlukan lebih kurang RM8 ribu sebulan, yang mana agak tinggi untuk ditampung oleh keluarga tersebut, terutamanya semasa penularan wabak Covid-19.

“Saye menyerahkan sumbangan RM1,000 dan mendoakan agar keluarganya diberi kesabaran dan ketabahan untuk menjaga beliau,” kata Nicole.

Nicole yang juga Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin membantu keluarga ini.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh lah menghubungi Puan Ang Kim Hong (Pegawai Khas kepada YB Nicole) di talian 012-3621072.

Show More

Related Articles

Back to top button