Berita

Pesakit TB Tulang Belakang terima kerusi roda dari Abdul Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit Tuberkulosis (TB) Tulang Belakang, Cik Siti Julaiha Abas, 22, di Felda Pasoh 3.

“Siti Julaiha mengalami penyakit TB Tulang Belakang sejak dua tahun lalu. Ada masanya kaki beliau sakit dan bengkak yang menyukarkan pergerakan beliau.

“Beliau merupakan pelajar UiTM Shah Alam dan kini tinggal bersama ibubapanya di Felda Pasoh 3.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini membantu pergerakan Siti Julaiha dan juga meringankan beban keluarga beliau,” kata Abdul Rahman.

Encik Abas Ujud, bapa kepada Siti Julaiha mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas sumbangan kerusi roda ini.

Show More

Related Articles

Back to top button