Aktiviti
Nasib pesakit usus mendapat perhatian Mohd Rais
masalah bekalan air dan elektrik akan diselesaikan secepat mungkin

SENALING: Penderitaan seorang pesakit usus, Encik Mohd Yusof Daud telah mendapat perhatian Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Rais Basiron.
Mohd Rais meluangkan masa menziarahi Mohd Yusof di Kampung Sungai Dua Besar, Senaling dan menyampaikan sumbangan barang keperluan harian.
“Saya juga mendapati tiada bekalan air dan elektrik di rumah beliau.
“Justeru, saya akan ambil tindakan susulan untuk mengatasi permasalahan ini dengan segera.
“Saya juga berharap sumbangan barang makanan ini dapat meringankan keperitan yang dilalui Mohd Yusof,” kata Mohd Basiron
Turut hadir, Pegawai Kebajikan DUN Senaling, Puan Zarina Zakaria; Pengerusi MPKK Sungai Dua Besar, Encik Abdul Wahab Kari dan Setiausaha MPKK Sungai Dua Besar, Puan Intan Marlina Zulkifli.