Aktiviti

Pesta Tanglung DUN Pertang disambut meriah

PERTANG: MPKK Kampung Baru Pertang dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Pertang telah menganjurkan sambutan Pesta Tanglung Peringkat DUN Pertang dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni.

Kehadiran Exco Wanita Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon dan Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim A. Aziz turut memeriahkan suasana.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan kemudian hadirin dibawa mengelilingi kawasan sekitar kampung dengan membawa tanglung.

Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof mengucapkan tahniah kepada Pengerusi MPKK Kampung Baru Pertang, Cik See Co Shin dan seluruh jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan program tahunan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button