Aktiviti

Bengkel Solekan dan Pastri, usaha perkasa ekonomi wanita Gemas

GEMAS: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jelai 2 dan Pejabat Penyelaras DUN Gemas dengan kerjasama Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah menganjurkan Program Kecemerlangan Wanita: Bengkel Asas Solekan dan Pastri (Cup Cake) di Balairaya Felda Jelai 2.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring berkata, PH GEM merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk memperkasakan wanita.

“Menghadiri dan mengikuti kelas kecantikan dan masakan dari pihak luar sudah pastinya memerlukan kos dan modal serta yuran yang dikenakan adalah amat mahal.

“Namun, dengan adanya inisiatif dari PH GEM ini ianya telah membuka ruang kepada peserta yang ingin menjana pendapatan dengan mempelajarinya secara percuma, malah ditawarkan sijil penyertaan,” kata Rusnani.

Rusnani berharap hasil daripada program yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua wanita yang terlibat.

Turut hadir Naib Ketua Cabang KeADILan Tampin, Saudara Jeffery Young Ahmad; Setiausaha Cabang KeADILan Tampin, Saudara Zahary Ja’afar; Ketua Ranting KeADILan Kampung Mantai, Saudara Sanusi MJ; Pengerusi MPKK Felda Jelai 2, Encik Pakrurezi Daud; Pengerusi JKKR Jelai 4, Encik Jumasri Rahim; Ketua Ranting KeADILan Felda Jelai 1, Encik Sahak dan Kepimpinan Wanita Cabang KeADILan Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button