Berita

PH GEM berjaya lahirkan pembuat ‘mask’ kreatif lagi feminin

Asalnya jahit untuk keluarga, kini terima tempahan dari orang ramai

Baru-baru ini saya bersama Ketua Penyelia Power House Wanita Gemilang (PH GEM), Puan B.Navamalar Balakrishnan telah menyantuni salah seorang peserta PH GEM.

Beliau bernama Puan Marzaili Mohd Ariffin yang berumur 52 tahun. Beliau tinggal di Taman Sri Pulasan. Puan Marzaili adalah seorang suri rumah tangga.

Pada tahun lepas beliau telah menyertai beberapa kelas jahitan dibawah Inisiatif Power House Wanita Gemilang (PH GEM) seperti kelas menjahit jubah, telekung, mini sejadah, beg telekung, kurta lelaki dan ‘cover’ Al-Quran di bawah Parlimen Rasah.

Siapa sangka hasil usaha PH GEM berjaya melahirkan pembuat ‘mask’ kreatif lagi feminin.

Setelah mengikuti kursus sebegini, pada musim PKP beliau telah berjaya menjahit pelitup muka (mask) dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajarinya.

Pada awalnya Puan Marzaili hanya menjahit untuk kegunaan keluarga sendiri. Akan tetapi ianya dapat tarikan daripada jiran-jiran sekelilingnya. Beliau mula menerima tempahan yang begitu banyak.

Beliau memberitahu kepada kami dengan menjahit pelitup muka (mask) ini, dapat menjana pendapatan yang agak lumayan. Semasa perbualan dengan beliau, kami mendapati Puan Marzaili adalah seorang yang sangat kreatif kerana beliau menjahit pelitup mukanya ikut ‘trending’ terkini.

Salah satu reka bentuk ‘mask’ yang dihasilkan oleh peserta PH GEM, Puan Marzaili Mohd Ariffin.

Puan Marzaili juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun atas keprihatinan dalam usaha memperkasakan wanita.

PH GEM juga akan membantu untuk mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh Puan Marzaili di laman Waghih Mart di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.

N.Achamah
Penyelia PH GEM Parlimen Rasah

Show More

Related Articles

Back to top button