Kolumnis

PH GEM berjaya melahirkan usahawan wanita

Bahagian 2

FAIZ ABDULLAH: Sejak program Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dilancarkan pada tahun 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan; sebanyak 95 program telah dijalankan termasuk latihan, kursus, bengkel dan seminar untuk memperkasakan golongan wanita di Negeri Sembilan.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon  berkata, seramai 18, 046 peserta dari seluruh Negeri Sembilan telah menyertai dan mendapat manfaat daripada program-program yang dianjurkan di bawah PH GEM.

“Di antara program yang telah dijalankan ialah Kursus Cendawan Tiram, Latihan Ukiran Henna dan Dandan Rambut, Kelas Asas Solekan, Ternakan Lebah Kelulut, Cucuk Tanam, Pembuatan Sos dan Pes, Manisan Deepavali, Gubahan Bunga, Anyaman Benang, Program Pastri, Pembuatan Sabun dan Pelembap Bibir dan Taklimat Penternakan.

“Selain itu turut diadakan Bengkel Stress, Seminar Penderaan Kanak-Kanak, Seminar Kesedaran Kebakaran, Seminar Perniagaan Teknik Metafizik, Seminar Kesihatan, Taklimat Keibubapaan, Kursus Keterampilan Diri dan Kelas Pertuturan Bahasa Inggeris.,” katanya.

YB Nicole Tan menjelaskan bagaimana ada peserta PH GEM yang sememangnya mahir memasak atau membuat kek tetapi tidak tahu cara pembungkusan yang boleh mengekalkan kesegaran makanan tersebut.

“Maka peserta diajar cara pembungkusan ‘Retort’ secara professional dan memastikan produk makanan yang dijual itu lebih tahan lama tarikh luputnya.“Paling membanggakan PH GEM sudah melahirkan ramai usahawan wanita,” ujarnya .

Menurut lagi YB Nicole Tan, pada tahun lepas PH GEM turut mengadakan Jelajah Usahawan Wanita di Parlimen Seremban dan Rasah.“Kita mengumpulkan usahawan wanita yang dilahirkan oleh program PH GEM dan usahawan wanita sedia ada dalam karnival tersebut sebagai satu platform untuk memasarkan dan menjual produk mereka.

“Sambutan yang diterima sangat meggalakkan dan kehadiran mencecah ribuan pengunjung.“Pada tahun ini kita bercadang memperluaskan Jelajah Usahawan Wanita ini ke kawasan parlimen yang lain pula

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun yang menyokong penuh program PH GEM dan sentiasa terbuka dengan pandangan dan cadangan kita ,” kata YB Nicole.

 

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button