Berita

PH GEM hasilkan biskut raya untuk ‘frontliners’

Usaha jana pendapatan peniaga kecil dan surirumah

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Power House Wanita Gemilang atau lebih dikenali sebagai PH GEM telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan sekumpulan peserta yang telah mendapat manfaat melalui program PH GEM untuk menghasilkan biskut raya.

Ketua Penyelia PH GEM, B.Navamalar berkata, semua biskut raya yang dihasilkan oleh peserta PH GEM ini akan disumbangkan kepada petugas ‘frontliners’ dan petugas pusat kuarantin pada hari Jumaat ini.

“Dalam tempoh PKP sejak 18 Mac 2020, ramai peniaga kecil yang terjejas dan hilang punca pendapatan mereka.

“Oleh sebab itu, kami cuba mendekati wanita khususnya peserta PH GEM untuk menjana sedikit pendapatan kepada peniaga kecil dan surirumah.

“Pada masa yang sama PH GEM juga mahu menghargai jasa ‘frontliners’ yang bertungkus lumus bertugas pada musim perayaan ini.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Penyelia PH GEM Parlimen Tampin, Encik Lee dan Penyelia PH GEM Parlimen Rasah, Puan Kavita yang turut membantu kami dalam pembungkusan biskut raya tersebut,” kata Navamalar.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button