Berita

PH GEM: Melukis inai boleh jana pendapatan wanita

JERAM PADANG: Power House Wanita Gemilang (PH GEM), pimpinan Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon adalah satu inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk melahirkan wanita yang berdaya saing dan maju.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, pejabatnya dan MPKK Pekan Jelai dengan kerjasama PH GEM telah mengendalikan kursus melukis inai atau henna untuk memperkenalkan budaya dan warisan masyarakat India supaya dapat dikongsi dengan masyarakat berbilang kaum.

“Selain ianya dapat memberi manfaat dan memupuk semangat kerjasama antara semua kaum; ia juga bertujuan untuk memperkasakan golongan wanita dengan kemahiran yang boleh menjana sumber pendapatan.

“Diharapkan program sebegini dapat diperluaskan lagi di setiap kawasan terutamanya untuk wanita di luar bandar agar ekonomi golongan wanita di luar bandar turut diperkasakan,” kata Musliadi.

Turut hadir YB Nicole Tan, ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong; Pengerusi MPKK Kampung Temeris, Encik Zahari Ashim, Ahli Jawatankuasa MPKK Pekan Jelai serta MPKK DUN Bahau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button