Aktiviti

PH GEM: MPKK Tanah Panjis anjur kelas bakeri ‘Mooncake’

JERAM PADANG: MPKK Kampung Tanah Panjis, Rompin dengan kerjasama Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah menganjurkan kelas bakeri ‘Mooncake Shanghai’ di Balai Raya Kampung Tanah Panjis.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu dalam ucapan perasmian mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang melalui PH GEM pimpinan YB Nicole Tan Lee Koon; merangka dan mencetuskan idea untuk memajukan ekonomi wanita Negeri Sembilan, malah menjadi platform untuk penyatuan dan perpaduan kaum.

“Di dalam negara kita yang berbilang kaum dan agama, kita harus hormat-menghormati antara satu sama lain untuk menjadi negara contoh kepada masyarakat antarabangsa.

“Sikap rasis dan menanam curiga antara kaum ibarat mencurahkan minyak dalam api.

“Hari ini Mooncake atau Kuih Bulan bukan saja menjadi kesukaan dan kegemaran kaum Cina tetapi juga bangsa lain terutamanya kaum Melayu. Ini ialah kerana orang Melayu juga sudah mula mempelajari cara membuat Mooncake,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button