Berita

PH GEM: Program jahitan di Tampin

TAMPIN: Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah mengadakan Program Jahitan Langsir (Tahap 2) di Balai Raya MPKK Kampung Tampin Tengah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, program asas kelas jahitan langsir selama sehari itu telah diadakan dengan penglibatan 26 peserta.

“Puan Leela sebagai tenaga pengajar telah memberi tunjuk ajar kepada para peserta.

“Objektif program seperti ini diadakan ialah untuk memberi kemahiran dan mencungkil bakat peserta dalam membantu dan membaiki sosio ekonomi diri dan pendapatan keluarga.

‚ÄúTerima kasih kepada Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon selaku pengasas PH GEM yang terus giat menjalankan pelbagai program yang memberi manfaat kepada golongan wanita,” kata Gunasekaren dalam ucapan perasmian penutup program.

Gunasekaren menyerahkan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus.

Show More

Related Articles

Back to top button