Aktiviti

PIALA MB: Al-Ikhlas Nilai FC johan DUN Nilai

NILAI: Pasukan Al-Ikhlas Nilai FC yang baru ditubuhkan tiga minggu lepas, membuat kejutan apabila muncul sebagai juara Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan peringkat DUN Nilai.

ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, Al-Ikhlas Nilai FC adalah sebuah pasukan yang baru ditubuhkan tiga minggu lalu melalui pemilihan pemain di sekitar Nilai untuk mewakili MPKK Kampung Nilai.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemain dan pegawai pasukan Al-Ikhlas Nilai FC kerana telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan sehingga muncul sebagai juara.

“Harapan saya Al-Ikhlas Nilai FC dan DC FC (Naib Johan) yang akan mewakili DUN Nilai di peringkat Parlimen Rasah nanti, akan memberikan saingan yang sengit dan layak ke peringkat negeri nanti,” kata Arul Kumar.

Al-Ikhlas memenangi hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan dan pingat. Naib Johan, DC FC (RM800, piala pusingan dan pingat); tempat ketiga, Arena FC (RM500 dan pingat) dan tempat keempat, NS Mantin FC (RM300 dan pingat).

Arul Kumar mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button