AktivitiProgram

PIALA MB: Garden Homes FC dan Campbell Street wakil DUN Bukit Kepayang

BUKIT KEPAYANG: Garden Homes FC muncul sebagai juara Pertandingan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat DUN Bukit Kepayang.

Garden Homes FC dan naib johan Campbell Street akan mewakili DUN Bukit Kepayang ke pertandingan peringkat Parlimen Rasah. Tempat ketiga, Majmuk FC dan tempat keempat, Permai FC.

ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, tujuh pasukan menyertai pertandingan ini yang diadakan secara format liga dan setiap pasukan menerima sumbangan RM900 dan sebuah khemah dari beliau.

“Garden Homes FC (johan) membawa pulang wang tunai RM1,000 dan jersi untuk setiap pemain.

“Campbell Street (naib johan) memenangi hadiah RM800 dan jersi bagi setiap pemain.

“Hadiah tempat ketiga RM500 dan tempat keempat RM300,” katanya.

Campbell Street

Eratkan silaturrahim penduduk DUN Bukit Kepayang

Nicole berkata, pasukan yang bertanding menunjukkan semangat yang tinggi sehingga bermain bermati-matian untuk menang.

“Pertandingan ini dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah di kalangan penduduk daripada taman perumahan di DUN Bukit Kepayang.

“Sebelum ini mereka kurang mendapat peluang untuk bergaul terutamanya dengan komuniti polis yang juga menghantar satu pasukan.

“Harapan saya adalah kita dapat mempraktikkan semangat kebersamaan melalui pertandingan ini dan seterusnya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Menang dan kalah adalah adat permainan. Kepada pasukan yang gagal ke peringkat seterusnya, cuba lagi pada tahun hadapan,” ujar Nicole.

Nicole mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) dan Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamed Taufek Abd Ghani di atas penganjuran kejohanan ini.

“Saya juga ucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang sentiasa memberi ruang dan kebebasan kepada barisan Exco untuk menjalankan aktiviti di bawah portfolio kami masing-masing,” katanya yang juga Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan.

Pertandingan berlangsung selama dua hari di Padang Majlis Bandaraya Seremban pada Sabtu dan Ahad lalu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button