AktivitiProgram

PIALA MB: GGB FC dan Kuala Serdang United layak ke Peringkat Parlimen Kuala Pilah

PILAH: GGB FC muncul sebagai johan Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat DUN Pilah, sekaligus layak mewakili DUN Pilah ke Peringkat Parlimen Kuala Pilah bersama naib johan Kuala Serdang United.

ADUN Pilah, YB Nazaruddin Sabtu berkata, kejohanan peringkat DUN Pilah menyaksikan tujuh pasukan bertanding secara liga, yang berlangsung selama dua hari di Stadium Mini Majlis Daerah Kuala Pilah.

“GGB FC membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan dan jersi untuk setiap pemain.

“Naib johan Kuala Serdang United membawa pulang wang tunai RM800 dan jersi untuk setiap pemain.

“Manakala tempat ketiga, Parit FC dan keempat, PMB FC menerima hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM500 dan RM300,” kata Nazaruddin.

Nazaruddin Sabtu yang juga Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu mengucapkan tahniah kepada pasukan layak ke peringkat parlimen dan penghargaan kepada semua pasukan yang bertanding.

Turut hadir, Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamed Taufek Abd Ghani yang turut melancarkan kempen Sukan Tanpa Dadah DUN Pilah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) serta semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini.

“Harapan saya lebih banyak pasukan yang akan bertanding di peringkat DUN pada tahun hadapan,” ujar Nazaruddin.

Show More

Related Articles

Back to top button