AktivitiProgram

PIALA MB: Pasir Besar/Kurnia DiRaja dan Gemas Indah layak ke peringkat parlimen

GEMAS: MPKK Kampung Pasir Besar/MPKK Kampung Kurnia DiRaja dan MPKK Kampung Gemas Indah melayakkan diri ke Kejohanan Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat Parlimen Tampin.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, sebanyak lima pasukan menyertai kejohanan peringkat DUN Gemas yang dirasmikan oleh Yang DiPertua BAKRIYAH, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Keputusan kejohanan yang diadakan secara liga adalah seperti berikut:

Johan: MPKK Kampung Pasir Besar/MPKK Kampung Kurnia Diraja

Naib Johan: MPKK Kampung Gemas Indah

Ketiga: MPKK Kampung Bangkahulu

Keempat: MPKK Felda Jelai 2 & 3

“Johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, pingat dan Piala Pusingan Penyelaras DUN Gemas.

“Naib Johan RM800 dan pingat. Tempat ketiga RM500 dan pingat serta tempat keempat RM300.

“Pertandingan diadakan selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lepas di Padang Awam Kampung Pasir Besar,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah berkata, kejohanan ini dianjurkan bagi mencari dua pasukan yang akan mewakili DUN Gemas di peringkat parlimen nanti.

Wan Hasni dan Rusminah Sidek juri pertandingan memasak

Sementara itu, Siti Aishah membawa Wan Hasni menziarahi lima pesakit yang terlantar, masing-masing di di Felda Pasir Besar, Kampung Kurnia DiRaja dan Kampung Pasir Besar.

Turut bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Sementara pertandingan bolasepak sedang berlangsung, saya juga menganjurkan pertandingan masakan ikan air tawar dan kuih talam bagi golongan wanita.

“Datin Seri Wan Hasni dan pelakon veteran Rusminah Sidek memeriahkan lagi pertandingan ini dengan menjadi juri pertandingan.

“Tahniah kepada semua pemenang dan pertandingan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk setempat,” ujar Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button