Berita

PIALA MB: Sri Mawar FC B dan Najihah Brother’s FC wakil DUN Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Pasukan Sri Mawar FC B dan Najihah Brother’s FC akan mewakili DUN Seremban Jaya di Kejohanan Piala YAB menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat Parlimen Rasah.

Sri Mawar FC membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM2,000 dan pingat, manakala Najihah Brother’s FC memenangi hadiah wang tunai RM1,200.

Tempat ketiga Sri Kamban FC (RM 500) dan tempat keempat Young Brother FC (RM300).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan yang layak ke peringkat parlimen.

“Pemberian wang tunai tambahan kepada pasukan johan dan naib johan adalah sebagai pembakar semangat untuk dua pasukan ini memberikan saingan sengit di kejohanan peringkat parlimenan nanti.

“Saya harap pasukan dari DUN Seremban Jaya akan mewakili Parlimen Rasah di peringkat negeri nanti,” kata Gunasekaren.

Turut sama menyaksikan kejohanan ini di Padang Taman Pinggiran Senawang, Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani dan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Show More

Related Articles

Back to top button