BeritaProgram

PKNNS nafi lantik pihak ketiga proses pembiayaan TUNS dan TUNS Plus

SEREMBAN: Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) menafikan melantik pihak ketiga bagi tujuan mempromosi dan memproses pembiayaan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus).

Timbalan Ketua Eksekutif PKNNS, Puan Rusmimah Mat Derus berkata, semua urusan berkaitan permohonan pembiayaan tersebut hanya melibatkan Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) kendalian PKNNS dan Pusat Khidmat Rakyat DUN sahaja.

Usahawan kecil yang berminat perlu memohon secara atas talian melalui pautan berikut :

i. TUNS https://tuns.my/2021/

ii. TUNS Plus https://tuns.my/2021_plus/

Rusmimah menasihatkan, bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan pembiayaan tersebut, para usahawan boleh berhubung terus dengan Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) di talian 06-7616871.

Maklumat rasmi mengenai pembiayaan ini boleh diperolehi melalui media sosial www.facebook.com/PRUNS.PKNNS dan laman web PKNNS di alamat http://www.pknns.gov.my

Show More

Related Articles

Back to top button