Berita

PKP 3.0: Latif agih bantuan makanan kepada 80 keluarga

GEMENCHEH: Sepanjang dua minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), sebanyak 80 keluarga telah menerima bantuan makanan dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi.

“Saya telah menghulurkan bantuan makanan asas seperti beras, gula, susu dan minyak masak kepada 80 keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP 3.0 dan dikuarantin akibat Covid-19.

“Sebanyak 80 keluarga yang menerima bantuan makanan ini dari Felda Bukit Rokan, Felda Bukit Rokan Utara, Felda Bukit Jalor, Felda Sungai Kelamah, Seri Gemencheh, Kampung Mantai, Kampung Air, Kampung Sungai Jernih Rawa dan Kampung Tenai.

“Petugas pejabat saya sentiasa mengemaskini dan mengumpul data keluarga yang terjejas pendapatan dan dikuarantin akibat Covid-19 di DUN Gemencheh,” ulas Abdul Latif.

Abdul Latif merakamkan penghargaan kepada semua Pengerusi MPKK dan Setiausaha MPKK di DUN Gemencheh di atas kesungguhan membantu masyarakat yang dikuarantin akibat virus Covid-19 di kampung masing-masing.

Show More

Related Articles

Back to top button