Berita

PKP 3.0: Shahran santuni 307 keluarga yang terkesan di Seri Menanti

SERI MENANTI: Sebanyak 307 keluarga telah menerima barangan keperluan asas dari Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Banyak keluarga yang terjejas pendapatan dan ini kesan daripada PKP 3.0 akibat pandemik Covid-19.

“Bantuan barangan asas ini turut dihulurkan kepada keluarga yang dikuarantin atau yang di dapati positif Covid-19.

“Alhamdulillah setakat ini, bantuan makanan ini telah diagihkan kepada 307 keluarga di DUN Seri Menanti,” jelas Shahran.

Shahran berkata, 307 keluarga yang menerima bantuan ini ialah dari Kampung Baru Lanjut Manis, Kampung Bukit Lintang, Kampung Bukit Perah, Kampung Buyau/Tanah Datar, Kampung Gamin, Kampung Gedang, Kampung Gunung Pasir, Kampung Ibol, Kampung Kuala Parit, Kampung Kuala Talang, Kampung Mampas Besar.

Kampung Mampas Kecil, Kampung Mertang, Kampung Merual, Kampung Padang Lebar, Kampung Parit Istana, Kampung Pulau, Kampung Seri Menanti, Kampung Sikai, Kampung Talang Tengah, Kampung Talang Ulu, Kampung Taman Pemarak, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Tengah, Kampung Terachi dan Kampung Ulu Bendul.

Show More

Related Articles

Back to top button