Berita

PKP 3.0: Skuad KeADILan Negeri Sembilan jejak fakir miskin

SEREMBAN: Skuad KeADILan Negeri Sembilan seperti kebiasaannya, berusaha menjejak dan membantu keluarga yang kurang berkemampuan dari semasa ke semasa.

Ketua Skuad KeADILan Negeri Sembilan, Saudara Gary Muthu berkata, memandangkan ketika ini banyak keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0); maka Skuad KeADILan mengambil inisiatif menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan.

“Sepanjang tempoh PKP 3.0 ini, bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu dan gula telah diagihkan kepada 60 keluarga di sekitar Seremban.

“Semoga bantuan ini meringankan beban mereka di kala menghadapi pandemik Covid-19.

“Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan dari segi makanan dan sebagainya boleh hubungi saya (Skuad KeADILan),” ujar Gary.

Gary boleh dihubungi di talian 018-375 9626.

Show More

Related Articles

Back to top button