Aktiviti

PKP Covid-19 – Pemandu bas sekolah terima RM3 ribu dari ADUN Rahang

Sumbangan diharapkan dapat meringankan beban kewangan pemandu bas sekolah

RAHANG: Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh pemandu bas sekolah yang hilang sumber pendapatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak Covid-19; ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM3,000.

“Saya faham situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan B40 yang terkesan dengan PKP Covid-19.

“Pemandu bas pula hilang punca pendapatan dalam tempoh PKP kerana bas sekolah tidak dapat beroperasi.

“Justeru, saya harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pemandu bas sekolah di Seremban.

“Saya telah berjumpa dengan wakil Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah Seremban dan menyerahkan sumbangan RM3,000,” kata Mary.

 

Show More

Related Articles

Back to top button