Berita

PKPB di Negeri Sembilan berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac

SEREMBAN: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Negeri Sembilan akan berkuatkuasa dari 19 Februari hingga 4 Mac ini,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, buat masa ini Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terpakai sama seperti SOP PKPB seperti terdahulu.

“SOP am PKPB bagi negeri-negeri yang terlibat akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat dalam laman web MKN dan Telegram rasmi MKN.

“Syarat had pergerakan dalam radius 10 kilometer adalah dibatalkan.Walaubagaimanapun, pergerakan merentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.

“Kapasiti penumpang kenderaan pula adalah mengikut jumlah tempat duduk kenderaan berkenaan,” jelas Aminuddin.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat berharap, agar segenap lapisan masyarakat terus mematuhi SOP dan mengamalkan amalan kendiri agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button