Berita

PKPB di Nilai dan PKPD di Putra Point, Nilai

Sebanyak 35 lokaliti / taman terlibat dalam PKPB ini

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Nilai dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point, Nilai yang berkuat kuasa hari ini (28 Oktober 2020).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selaras dengan pengumuman tersebut, setelah mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan, Majlis Bandaraya Seremban serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan; Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan kawasan atau lokaliti yang terlibat serta SOP berkaitan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pengesahan seperti berikut:

Bagi PKPB di Zon Nilai:

1. Sebanyak 35 lokaliti / taman terlibat di dalam PKPB ini. Senarai lokaliti ini boleh dirujuk di dalam SOP dari laman web Majlis Keselamatan Negara.

2. Kawasan perniagaan dan institusi sekitar 35 lokaliti tersebut juga terlibat di dalam PKPB ini, di antaranya adalah:

  • Universiti Sains Islam Malaysia
  • Nilai International School
  • Nilai University
  • Manipal University
  • INTI College
  • AEON Nilai
  • TESCO
  • Giant
  • Mesamall
  • Kawasan perniagaan Putra Nilai dan Putra Point; dan
  • Nilai Spring Golf and Country Resort.

3. Masjid dan surau di kawasan PKPB dibenarkan mendirikan solat jemaah lima 5 waktu terhad kepada tiga orang sahaja iaitu imam, bilal dan siak. Azan dibenarkan untuk dikumandangkan.

4. Solat Jumaat dibenarkan dengan 40 orang jemaah.

5. Semua premis sosial dan pendidikan termasuk institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah pondok adalah ditutup.

6. Restoran dan kedai serbaneka 24 jam, kedai / gerai makan dan kedai runcit dan aktiviti perniagaan lain dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam.

7. Pembelian makanan digalakkan secara penghantaran dan take away bermula 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam. Walau bagaimanapun, dine in dibenarkan terhad maksimum empat orang satu meja dengan penjarakan fizikal satu meter dan mematuhi SOP Sektor Makanan.

8. Waktu operasi stesen minyak adalah antara jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam.

9. Operasi pasar harian adalah antara jam 6.00 pagi hingga jam 2.00 petang sahaja.

10. Operasi pasar tani adalah antara jam 6.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

11. Operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan dalam tempoh ini.

12. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

13. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

14. Sekiranya memerlukan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di luar kawasan PKPB, kebenaran PDRM perlu diperoleh terlebih dahulu kecuali yang mempunyai surat / kad temu janji perubatan.

15. Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun / hari kelahiran, reunion dan majlis-majlis sosial yang lain tidak dibenarkan.

16. Aktiviti lain yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dinyatakan di dalam SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Nilai.

Bagi PKPD:

1. Kawasan yang akan ditutup dan dikawal oleh anggota keselamatan diketuai oleh PDRM adalah:
a. Jalan BBN 1/7A
b. Jalan BBN 1/7B
c. Jalan BBN 1/7E

2. Semua yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Kaya dan tinggal di asrama Jalan BBN 1/2E akan dipindahkan ke asrama di Jalan BBN 1/7B.

3. Tiada pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut.

4. Penghuni asrama di ketiga-tiga blok ini yang merupakan kontak rapat kepada Kluster Kaya tidak dibenarkan keluar daripada asrama masing-masing.

5. Pasukan keselamatan akan mengawal kawasan ini 24 jam.

6. Semua aktiviti ekonomi, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut seperti yang dinyatakan di dalam SOP Majlis Keselamatan Negara.

“SOP terperinci berkaitan PKPD dan PKPB ini boleh dirujuk di laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button