Aktiviti

Polis Rompin terima sumbangan Tahun Baru Cina

Jeram Padang: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, anggota Balai Polis Rompin menerima sumbangan limau mandarin dari Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Sebagai ‘frontliners’ yang bertugas siang dan malam, sumbangan ini adalah sebagai penghargaan kepada pengorbanan anggota polis terutama pada musim perayaan.

“Sambutan Tahun Baru Cina bukan sekadar disambut oleh masyarakat Tiong Hua sahaja tetapi oleh masyarakat berbilang kaum.

“Marilah kita sambut Tahun Baru Cina dengan penuh keharmonian,” kata Musliadi.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Tanah Panjis, Encik Tee Kok Jing.

Musliadi turut mengedar limau mandarin kepada masyarakat Tionghua di Kampung Tanah Panjis dan Kampung Baru Bukit Pilah.

Turut hadir Tee dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Bukit Pilah, Encik Wong Han Teck.

 

Show More

Related Articles

Back to top button