Berita

Pondok wakaf Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda siap

SUNGAI LUI: Pondok wakaf Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda telah siap sepenuhnya.

Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman berkata, pondok wakaf ini dibina dengan peruntukan pejabatnya.

“Pondok wakaf memberi kemudahan sebagai tempat rehat dan sembahyang bagi waris di waktu pengebumian dan ziarah terutamanya ketika musim perayaan,” katanya.

MPKK Felda Sungai Lui dan Ahli Jawatankuasa Masjid Felda Lui Muda mengucapkan terima kasih kepada Saiful Bahri di atas sumbangan beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button