Berita

PPV ‘Outreach’ Linggi berjaya memvaksinkan 245 penduduk

LINGGI: Program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ‘Outreach’ DUN Linggi berjaya memvaksinkan 245 warga Linggi termasuk lima pesakit terlantar di Dewan Orang Ramai Linggi.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, kesemua 245 penerima vaksin Pfizer itu tidak mengalami apa-apa kesan sampingan.

“Program ini disasarkan kepada golongan yang tiada akses kepada aplikasi MySejahtera dan mereka yang telah berdaftar melalui MySejahtera tetapi menunggu terlalu lama untuk dapatkan temujanji suntikan vaksin.

“Semua penerima vaksin akan menerima dos kedua pada 21 Ogos (Sabtu) di tempat yang sama.

“Program dijalankan berjalan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Rusli mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan, Jabatan Kesihatan Daerah Port Dickson, Klinik Kesihatan Pasir Panjang, Klinik Kesihatan Linggi dan pihak Bomba yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button