Aktiviti

Program ‘Back to School’ Jeram Padang bantu pelajar yang memerlukan

JERAM PADANG: Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang dengan kerjasama MPKK Kampung Felda Palong 2 telah mengadakan program ‘Back to School 2020/2021’ yang di Balai Raya Kampung Felda Palong 2.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, demi membantu anak-anak yatim dan golongan asnaf yang memerlukan, beliau terpanggil untuk mengadakan program ini setiap tahun.

“Hari ini saya menyampaikan sumbangan berupa voucher untuk membeli barangan persekolahan bagi sesi tahun 2021.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan kos bebanan yang ditanggung oleh ibubapa dan penjaga bagi memulakan sesi persekolahan yang akan datang,” ujar Musliadi.

Musliadi berkata, program ini dianjurkan mengikut panduan SOP yang ketat.

Hadir bersama Pengerusi MPKK dan Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Jeram Padang.

 

Show More

Related Articles

Back to top button