Aktiviti

Program derma darah DUN Gemas dapat sambutan

GEMAS: Program Derma Darah Perdana DUN Gemas Tahun 2020, anjuran Amal Bakti N9 dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Gemas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Jelai 2.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring dalam ucapannya berharap agar kempen sebegini dapat dianjur lebih kerap dengan kerjasama organisasi lain.

“Sokongan semua semua pihak termasuk dari sektor swasta diperlukan bagi menjayakan program kemasyarakatan dan amal sebegini.

“Malahan berharap kempen ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan terus mendapat sokongan semua pihak.

“Menderma darah untuk membantu pesakit yang memerlukan adalah satu inisiatif yang murni,” kata Rusnani.

Agensi dan jabatan kerajaan yang turut menjayakan program ini ialah Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, LPPKN Negeri Sembilan, SWCorp Seremban 2, Keusahawanan FIRM X dan Kelab Enjoi Fitness Felda Jelai.

Turut hadir Ahli Majlis Pimpinan KeADILan Negeri, Saudara Jeffrey Young Ahmad;  Ketua Balai Polis Gemas, Tuan Rodzi Ma’asat; Pegawai Balai Bomba Gemas, Encik Azmi; Pengerusi Amal Bakti N9, Puan Kalsom Abu Bakar; Pengerusi JKKR Felda Jelai 1, Encik Azmi Saring; Pengerusi MPKK Felda Jelai 2, Encik Pakhrurezi Daud; Pengerusi MPKK Felda Jelai 3, Encik Shaarani Ab Rashid; Pengerusi JKKR Felda Jelai 4, Encik Jumasri Ab Rahim dan pegawai-pegawai Felda Gugusan Jelai.

 

Show More

Related Articles

Back to top button